• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Biodata : Sheikh Mishari Rashid Al-Afasy

    Jan 31, 2013


    Sheikh Mishari Rashid Al-Afasy (bahasa Arab:الشيخ مشاري راشد العفاسي ); lahir di Kuwait pada 5 September 1976 adalah seorang Qari dan pembawa Nasyid. Beliau adalah Imam dari Masjid Al-Kabir di Bandar Kuwait, Kuwait, dan memimpin Solat Sunat Tarawihpada Ramadhan setiap tahun.

    Beliau mengaji di Kolej Quran dan Pengajian Islam Universiti Islam Madinah dan khusus dalam sepuluh pembacaan dan terjemahan Quran. Beliau sering membuat penampilan ditelevisyen. Banyak bacaan itu dapat juga ditemui di YouTube atau MukminTV.

    Pada tarikh 24 Mac 2007, beliau telah pergi ke Amerika Syarikat dan melawat dua masjid: Islam Pusat Irvine di California, dan ICD (Islamic Center of Detroit) di Michigan. Ia diselia oleh Suleiman Salem sepanjang minggu untuk pelbagai majlis, terutama di Detroit, Dearborn, Ann Arbor, dan Hamtramck. Rakaman audio dari bacaan selama kunjungannya ke Amerika dapat ditemui pada laman sesawangnya, dan juga di YouTube atau MukminTV.

    Pada September 2009, Sheikh Mishari melakukan perjalanan ke Pusat ICOI atau Islam Irvine, namun terpaksa pergi lebih awal kerana kecemasan keluarga.

    Pada tarikh 25 Oktober 2008, beliau dianugerahkan "Arab Creativity Oscar" yang pertama oleh Arab Creativity Union di Mesir. Acara ini ditaja oleh Setiausaha Agung Liga Arab, En. Amr Mousa sebagai pengiktirafan atas peranan Sheikh Mishari Rashid Al-Afasy dalam mempromosikan prinsip dan ajaran Islam serta memanfaatkan teknologi moden untuk menyampaikan mesej Islam yang indah.

    Terdapat dua Saluran Angkasa untuk Syeikh Mishari. Yang pertama adalah Alafasy TV dan saluran lain yang lebih baru, Alafasy Q. Sheikh Mishari juga seorang penyanyi nasyid. Sampel boleh didapati di website rasmi Alafasy.

    Keluarga
    Beliau sudah berkahwin, mempunyai dua puteri dan satu putera. Beliau digelar dengan gelaran "Abu Norah".



    MINORITI YANG BERSYUKUR



    Pada zaman Sayidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah dengan berkata: “Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit!” doa beliau didengari Sayidina Umar yang ketika itu sedang bertawaf di Kaabah. Sayidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut.

    Selepas selesai melakukan tawaf, Sayidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapa engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit!)? Apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon pada Allah?”

    Pemuda berkenaan menjawab:”Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku takut dengan firman Allah: ‘Sesungguhnya kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan kami adakan di muka bumi (sumber atau jalan) penghidupan. Dan amat sedikitlah kamu bersyukur.” (surah al-A’raf 7:10)

    Kata pemuda itu lagi: “Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit iaitu golongan yang tahu bersyukur kepada Allah.”

    Mendengar jawapan itu, Umar menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alngkah jahilnya engkau! Orang ramai lebih alim daripada kamu.”

    Doa yang kedengaran aneh tapi benar ini telah mengejutkan Sayidina Umar. Doa itu juga sepatutnya mengejutkan kita agar berdoa untuk menjadi golongan minority yang bersyukur. Hanya orang bersyukur akan mendapat ketenangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ini kerana apabila seseorang itu memiliki sifat syukur, dia telah memiliki kekayaan hakiki iaitu kekayaan hati. 

    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
     “Bukanlah kaya itu kaya harta tetapi kaya sebenar ialah kaya hati.” 
    (Riwayat al-Bukhari)

    #8 Wordless Wednesday - Rindu

    Jan 30, 2013

    Perbanyakkan selawat dan salam sebagai tanda kita amat merindui Baginda Nabi Muhammad SAW.

    اللهم صلي علي محمد و علي ءال محمد

    Kehendak vs Kepuasan vs Realiti

    Jan 28, 2013
    Assalamualaikum wbt..

    Saat berjalan-jalan di blog sahabat, terlihat dan terbaca post berkaitan keputusan STAM 2012 akan keluar  pada 30 Januari 2013 nanti. Hati mula merasai cemburu dan iri hati. Adakala menyesal dengan keputusan yang pernah diambil suatu ketika dulu. Perkataan 'ANDAI' , 'JIKA' mula bermain diminda..

    Istighfar disebut berkali-kali agar diri mulai sedar bahawa perkara ini sudahpun berlalu, mula terima hakikat bahwa inilah realiti yg sebenar. Andai diri masih hidup dengan bayangan yg lepas, sampai ke sudah akan berada di takuk itu.

    Jujur, diri inginkan sangat untuk mengambil peperiksaan STAM as calon persendirian tapi bilamana ana bertanyakan pendapatan mereka-mereka yg rapat, ramai pula yang menyarankan utk lupakan STAM sebaliknya teruskan pada bidang yang diambil sekarang yakni Perakaunan.. Jika benar nk bertukaq arah, ambillah Diploma Usuluddin kemudian smbg degree ke Morocco.. Allah..

    Baru-baru ini datang pula tawaran dari seorang adik niqabis yang turut mengajak untuk mendaftar di حضرموت Yaman Jun ini..

    Hati ini betui-betui berbelah bagi antara kehendak utk ke Yaman akan tetapi kepuasan utk mengambil STAM mahupun kembali kepada realiti yakni teruskan dalam bidang yg diceburi sekarang..

    #Umi berpesan, ikutlah kepada yg mana berat dihati. Selain itu, umi turut berpesan agar lihatlah pada faktor usia, bernikahlah.. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di hati ini. Permudahkanlah.

    Menulis kembali

    Jan 25, 2013
    Assalamualaikum wbt..

    Selawat salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
    اَللَّهُمَّ صَلِّ ۈسَلّمْ عَلَى سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلَى آلِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ

    Tiba-tiba teringatkan perbualan dengan seorang sahabat..

    "Lama xbaca cerpen hg.. rindu.."

    "Eh, hg pnah baca ka cerpen cheq??"

    "Awt xpnah, hg kn suka bg cheq baca bila siap menulis.."

    Bila mengenang semula, rupanya dah lama juga ana tidak menulis. Jika diingatkn kembali rasanya kali terakhir ana menulis ketika sekolah menengah yakni kira-kira hampir 10 tahun yang lepas. Pernah terlintas beberapa jalan cerita tapi tidak berkesempatan untuk berkongsi di atas helaian kertas.

    Sahabat pernah bertanya, kenapa dah lama tidak menulis? ana hanya mampu tersenyum dan menyatakan tiada masa. Bukan tiada idea ataupun ilham hanya masa tidak pernah memberi peluang dan seandainya masa itu ada, minda pula hanya kaku tidak mampu untuk meluahkan cerita..

    Kini setelah beberapa tahun, tiba-tiba datang pula keinginan untuk menulis semula.. Tapi bila melihat kepada kesibukan dalam menguruskan masa, muncul pula rasa MALAS dek keletihan yang teramat sangat.. Allahurabbi..

    Walau bagaimanapun, jika di beri kesempatan akan ana usahakn utk menulis semula dan di mulai dengan kisah seorang insan yg bernama NUR ADNI - Ya Allah, ku serahkan segalanya kepada-Mu. Jalan cerita dah ada, Insya'Allah..

    #Nantikan naaa.. (^,^)


    #7 Wordless Wednesday - Kenangan

    Jan 9, 2013

    Genaplah 3 hari kehilangannya. Bila hilang hp, bukan sekadar hp tp segala maklumat seperti no tel sahabat dan kenalan juga hilang.. Ambil sim baru pun masih tidak memberi erti pasai sebelum nie ana tidak pernah membuat sebarang 'back-up' pada sim.. 

    #Namun pada hakikatnya, ada hikmah dan nikmat yg baru ana sedar bila kehilangannya.. Hati lebih tenang pasai tiadanya panggilan or mesej yg masuk.. Alhamdulillah.. kembali ke zaman tiada hp.. (^^,)

    Mengingati Mati Itu Perlu

    Dec 26, 2012


    Seorang muslim harus bersiap-siap untuk mati dan banyak mengingatinya. Bersiap sedia dengan taubat dari segala perbuatan maksiat, mengutamakan akhirat, tidak sama sekali melakukan perbuatan zalim. Muslimin itu perlu menghadap dan mengutamakan Allah sepenuhnya dengan berbuat taat dan menjauhi yang dilarang-Nya sesuai dengan maksud Muslimin iaitu menyerah diri kepada Tuhan Rabul’alamin.

    Untuk merapatkan suasana dan ingatan terhadap mati maka Rasulullah SAW menggalakkan Muslimin mengunjungi orang sakit. Perbuatan itu pula dikira sebagai sunnah Nabi SAW.

    Disunnahkan bagi orang yang menyaksikan seseorang yang hamper meninggal dunia (menjelang sakaratul maut) agar mentalqinnya dua kalimah syahada iaitu ‘laailaaha illallah’. Berdoa untuknya dan tidak mengatakan sesuatu di hadapannya kecuali perkara-perkara yang baik.

    Bahkan tidak dihukum haram melainkan jatuh hukum harus bagi sesorang muslim menghadiri kematian orang kafir. Lebih pula  baiknya jika hadir lalu menawarkan Islam kepada pesakit itu, katakanlah padanya: ‘laailaaha illallah’.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara;-

    1.       Masa sihat sebelum sakit
    2.       Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin)
    3.       Masa lapang sebelum tiba masa sibuk
    4.       Masa mudamu sebelum datang masa tua
    5.       Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi).


    "Ya Allah, hidupkan aku selama kehidupan lebih baik bagiku dan matikanlah aku apabila kematian lebih baik bagiku."