• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • EMPAT PENGETUA MALAIKAT

    Oct 18, 2010
    Ada empat malaikat yang dipanggil sebagai pengetua-pengetua malaikat atau empat malaikat besar. Mereka itu adalah :-

    • Malaikat Jibril
    • Malaikat Mikail
    • Malaikat Israfil
    • Malaikat Maut.

    Malaikat Jibrail, Mikail dan Israfil nama-namanya telah disebutkan dalam Al-Quranul Karim dan Hadith yang sahih. Firman Allah SWT bermaksud: “Barangsiapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikatNya, rasul-rasulNya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir.” (Al-Baqarah: 98)

    Imam Muslim meriwayatkan hadith yang berasal dari Aisyah. Aisyah berkata bahawa apabila Rasulullah SAW mengerjakan solat malam, baginda membaca doa iftitah di dalam solatnya sebagai berikut:

    “Ya Allah, Tuhan malaikat Jibril, Mikail dan Israfil; Maha pencipta langit dan bumi, Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Engkaulah hakim di antara hamba-hambaMu tentang perkara yang mereka perselisihkan, bimbinglah aku jalan keluar yang benar daripada perselisihan mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi petunjuk kepada jalan yang lurus, bagi siapa saja yang Engkau kehendaki.” (Hadith riwayat Muslim)

    Itulah antara ayat Al-Quran dan hadith Rasulullah yang memuatkan nama-nama Jibril, Mikail dan Israfil. Sedangkan Malaikat Maut, namanya tidak dijumpai denga jelas di dalam Al-Quran dan tidak juga di dalam hadith yang sahih. Hanya saja di dalam beberapa athar menyebutkan nama Malaikat Maut itu sebagai Izrail. Wallahu’Alam.

    Allah menyifatkan malaikat Jibril sebagai suatu perkara yang besar sebagaimana firman-Nya bermaksud: “Yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat. Yang mempunyai akal yang cerdas; dan (Jibril itu) menampakkan diri dengan rupa yang asli.” (An-Najm: 5-6)

    Yang dimaksudkan dengan “Syadidul Quwa” adalah malaikat Jibrail. Dialah malaikat yang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Para Ulama berkata bahawa betapa besar kekuatan yang dimiliki oleh Jibril, hingga ia mampu mengangkat 7 bandar kaum Nabi Luth yang didiami oleh lebih kurang 400,000 umat, haiwan, bangunan-bangunan dan semua benda yang ada di dalam Bandar itu.

    Malaikat Jibril mengangkat kesemuanya itu hanya dengan hujung sayapnya saja hingga sampai ke ruang angkasa di permukaan langit, sehinggalah para malaikat di langit mendengar akan lolongan anjing dan pekikan ayam. Kemudian dia membalik Bandar itu hingga menjadikan bahagian atasnya terlungkup ke bawah. Bayangkan betapa kuatnya tenaga malaikat Jibrail.

    Sebahagian tafsir menyebutkan makna ‘zu mirratin’ adalah mempunyai bentuk yang bagus, indah dipandang, segak dan tinggi darjatnya. Sebagaimana firman Allah dalam ayat yang lain: “Sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh utusan yang mulia (Jibril). Yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi disisi Allah yang mempunyai Arasy. Yang ditaati di sana (di alam malaikat) lagi dipercaya.’ (At-Takwir: 19-21)

    Dari keterangan firman Allah di atas dapat diketahui beberapa sifat Jibril antaranya:
    • Bentuk kejadian Jibril sangat cantik.
    • Jibril mempunyai tenaga dan kekuatan yang sangat besar.
    • Jibril mempunyai tempat dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah Pemilik Arasy yang mulia.
    • Jibril ditaati di alam malaikat, sangat amanah, oleh kerana itu Jibril bertugas sebagai duta antara Allah dan RasulNya yang diberi wahyu olehNya.

    Adapun bandingan sifat amanah dan kedudukan yang terkumpul adalah sebagaimana kata Wazir Aziz kepada Yusuf as: “Sesungguhnya kamu mulai hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami.” (Yusuf: 54)

    Sedangkan bandingan kekuatan dan amanah yang terkumpul adalah seperti kata puteri Nabi Syu’aib kepada ayahnya tentang Nabi Musaas: “....kerana sesungguhnya orang orang yang paling baik yang kamu ambil bekerja untuk kita ialah orang kuat lagi dapat dipercayai.”

    Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Jibril sentiasa mengharap-harapkan hendak menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu:
    • Sembahyang 5 waktu secara berjemaah.
    • Duduk bersam para ulamak
    • Menziarah orang sakit
    • Menghantar jenazah
    • Memberi air minum
    • Mendamaikan di antara dua orang yang bermusuh-musuhan
    • Memuliakan jiran dan anak-anak yatim. Maka berrsungguh-sungguhlah kamu dalam perkara tersebut.”

    **sUMBER : Himpunan kisah-kisah MALAIKAT

    0 comments:

    Post a Comment