• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • #9 Wordless Wednesday - Allah is enough for Me

    Jun 18, 2014






    - ALLAH IS ENOUGH FOR ME -

    Doa Dalam Sujud Dekatkan Diri Dengan Tuhan

    Aug 14, 2013


    Dalam menjalani kehidupan harian yang sibuk dan padat, kita sering terlupa bahawa Allah SWT sentiasa berada bersama kita dan Allah SWT berjanji akan memudahkan urusan seharian jika kita meminta kepada-Nya.

    Bukan hanya kepada perkara yang besar, sekecil-kecil perkara pun, Allah SWT itu Maha Mendengar keluhan hambanya.

    Seperti firman-Nya dalam Surah al Mu'min ayat 60 : "Dan Tuhanmu berfirman, Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina."

    Baginda Rasulullah SAW sendiri bersabda yang maksudnya: "Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab Baginda: Di sisi Alah (penerimaan) lebih banyak." (Riwayat at Tirmirzi)

    Adab-adab doa

    Setiap umat islam dituntut supaya berdoa dengan doa adalah inti pati kepada segala ibadat. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.

    Ketika berdoa pula, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dimohon), janganlah berdoa dengan mulut saja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dimohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa berkenaan kerana sesungguhnya Allah SWT tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa. Bagi memudahkan doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah SWT dengan sifatNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hambaNya selama mana apa yang diminta itu adalah perkara baik.

    Begitu juga Allah SWT yang sifatNya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambaNya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala doasa yang dilakukan.

    Perbanyak doa ketika sujud

    Dari Ibnu Abbas ra katanya: "Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika Baginda SAW sakit sebelum wafat), ketika jemaah sedang solat berjemaah diimamkan Abu Bakar. Lalu Baginda bersabda: Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang Muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza Wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah SWT."

    Kedudukan sujud ialah dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada Nabi Adam AS bererti inilah tingkat tertinggi daripada satu penghormatan.

    Sujud hanyalah untuk Allah, Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi daripada rasa hormat adalah "Sujudlah pada Ku". Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud.

    Itulah sebabnya mengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain.Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekali gus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan yang paling Agung.

    Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

    Sujud juga mengasuh hati manusia bukan saja supaya mengingat aka asal kejadiannya tetapi juga akan dikembalikan ke tanah iaitu menemui kematian.

    copy paste : albakriah


    Adab Dalam Memuji

    Apr 9, 2013

    Petikan dari kitab Bimbingan Mukmin
    Memuji orang, adakalanya dilarang pada setengah-setengah tempat. Mencela pula samalah seperti mengumpat atau merendahkan kedudukan orang lain, dan hukumnya telah kita sebutkan sebelum ini.
    Dalam pujian itu, ada enam pula bahayanya. Empat bahaya bersangkut-paut dengan orang yang memuji dan dua bahaya yang lain ialah orang yang dipuji.
    Bahaya-bahaya yang bersangkut-paut dengan si pemuji itu ialah; 
    Pertama: Bila ia berlebih-lebihan dalam pujiannya, sehingga kesudahannya menjadi dusta pula.
    Kedua: Dengan adanya pujian itu, timbul perasaan riya’ di dalam diri seolah-olah ia menunjukkan cintanya terhadap orang yang dipujinya itu. Adakalanya dalam pujian itu ia, memendamkan perasaan yang tak senang terhadap orang yang dipujinya ataupun ia sendiri tidak meyakinkan semua kata-kata pujiannya itu, maka dengan demikian, ia telah menjadi seorang yang riya’ dan munafik sama.
    Ketiga: Dengan adanya pujian itu, ia telah mengatakan sesuatu yang ia sendiri belum tahu, sama ada betul atau tidak yakni ia belum sempat menyelidiki hakikat kata-kata pujiannya itu.
    Keempat: Dengan adanya pujian itu, mungkin sekali ia telah menggembirakan hati orang yang dipujinya, meskipun orang itu seorang yang zalim atau fasik, manakala memberikan pujian kepada mereka itu dalah tidak harus.
    Berkata al-Hassan r.a.: Sesiapa yang mendoakan bagi seorang yang zalim supaya panjang umur, maka seolah-olahnya ia suka dan redah orang itu melakukan maksiat terhadap Allah di bumiNya.
    Tentang bahaya-bahaya yang boleh menimpa orang yang dipuji pula, iaitu:
    Petama: Dengan menerima pujian itu, akan timbul dalam dirinya perasaan bongkak dan ujub, dan kedua-duanya termasuk sifat yang membinasakan.
    Kedua: Dengan menerima pujian itu, hatinya akan merasa gembira dan sangat senang, dan sesudah itu akan menjadi cuai tentang kesalahan-kesalahannya, dan menganggap dirinya sudah sempurna disebabkan pujian itu. Kemudian usahanya akan berkurang untuk membuat amalan-amalan yang baik.
    Sekiranya pujian itu dapat menyelamatkan orang dari bahaya-bahaya ini, sama ada pada diri si pemuji mahupun yang dipuji, maka tidak mengapalah untuk memberikan pujian itu, malah dalam setengah-setengah perkara mungkin menjadi sunnat, yakni digalakkan.
    Seterusnya orang yang dipuji itu hendaklah berhati-hati menjaga dirinya dari bahaya-bahaya sifat bongkak dan ujub, dan juga dari bahaya keteledoran. Hendaklah ia sentiasa ingat, bahawa ia lebih mengetahui tentang dirinya dari yang diketahui oleh si pemuji itu, dan andaikata segala rahsia dirinya terbongkar di hadapan orang  yang memujinya itu, dan segala lintasan hatinya dapat disingkapkan olehnya tentulah orang itu tidak mahu memujinya.
    Saiyidina Ali bin Abu Talib r.a. ketika ia dipuji orang, selalu berdoa begini: Ya Allah! Ya Tuhanku! Ampunilah aku terhadap segala yang mereka tidak mengetahuinya. Janganlah menyalahkan aku kerana apa yang mereka katakana itu, dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan.
    Sepatutnya orang yang mahu memuji terhadap seseorang itu, hendaklah ia tidak tergesa-gesa memberikan pujiannya, melainkan setelah ia mengetahui benar-benar tentang diri orang yang hendak dipujinya serta kebatinannya.
    Sekali peristiwa, pernah Saiyidina Umar Ibnul Khattab mendengar seorang memuji orang lain, beliau lalu berujar, katanya: Pernahkah engkau memuji orang lain, beliau lalu berujar, katanya: Pernahkah engkau bepergian bersama-sama orang itu? Jawab si pemuji itu: Belum pernah! Berkata Umar lagi: Pernahkah engkau membuat perjanjian atau bermu’amalah dengannya? Kata orag itu: Belum. Umar berkata lagi: Pernahkah engkau bersama-samanya pada pagi dan petang? Katanya: Tidak. Lalu Saiyidina Umar berucap: Demi Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, aku tak fikir engkau sudah benar-benar mengenalnya.
    Dalam sebuah Hadis:
    “Sekiranya seseorang kamu terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah ia berkata: Saya kira si fulan itu begini dan saya tidak mensucikan seseorang manusia pun atas Allah”

    Kebaikan dan Khasiat Asam Jawa

    Apr 8, 2013


    Asam jawa (tamarindus indica) merupakan sebuah kultivar daerah tropis dan termasuk tumbuhan berbuah polong. Batang pohonnya yang cukup keras dapat tumbuh menjadi besar dan daunnya rindang.
    Daun asam jawa bertangkai panjang, sekitar 17 cm dan bersirip genap. Bunganya berwarna kuning kemerah-merahan dan buah polongnya berwarna coklat dengan rasa khas asam. Di dalam buah polong selain terdapat kulit yang membungkus daging buah, juga terdapat biji berjumlah 2 - 5 yang berbentuk pipih dengan warna coklat agak kehitaman.
    Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang.
    Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula.
    DEMAM PANAS
    Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat .
    SAKIT PERUT
    Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
    SAKIT ASMA
    Bagi yang sakit asma pula anda rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.
    BATUK/PERIT TEKAK
    Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.
    LUKA/BISUL
    Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.
    ALERGI/BIDUREN
    Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.
    BENGKAK DISENGAT LIPAN ATAU LEBAH
    Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.
    Maklumat di atas hanyalah untuk rawatan alternatif / sementara sahaja.
    Jika keadaan masih tidak reda juga, anda adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
    SELAMAT MENCUBA!

    p/s : copy paste dari http://wp.me/pHPmM-10h

    Cara Menjauhi Diri Daripada Bisiakan SYAITAN

    Mar 19, 2013

    Kita tidak boleh mengelakkan diri sepenuhnya daripada bisiakan syaitan tetapi kita mempunyai cara untuk menjauhi diri daripada hasutannya seperti;

    *   Memperkukuhkan keimanan kepada Allah kerana syaitan akan mengganggu mereka yang lalai.

    *   Sering mengingati Allah kerana syaitan akan mudah menghasut sesiapa sahaja yang lalai kepada-Nya.

    *   Membaca Al-Quran kerana ayat-ayat suci Al-Quran adalah kunci untuk menjauhkan diri daripada hasutan syaitan.

    *   Memperkukuhkan diri dengan ilmu kerana syaitan mudah mempengaruhi mereka yang jahil

    *   Peka dengan taktik dan kaedah yang digunakan untuk mempengaruhi manusia.

    *   Jangan mengasingkan diri kerana syaitan mudah mempengaruhi orang yang sering mengasingkan diri.. Umpama ternakan yang terpisah daripada kawanannya lebih mudah dibaham harimau.

    *   Kita haruslah pandai memilih kawan, bergaul bersahabat dengan orang yang baik kerana mereka akan menasihati kita andainya kita melakukan perkara yang salah.

    *   Beramal dengan amalan soleh seperti berzikir dan berselawat ke atas nabi. 

    Apabila kita mendengar bisikan malaikat, hati kita akan terima sesuatu yang baik dan terdorong ke arah kebaikan dan kita lebih dekat dengan-Nya.

    p/s : Copy Paste

    Mariah Al-Qibtiyah

    Feb 24, 2013

    Soalan : Siapakah beliau, empunya nama Mariah Al-Qibtiyah???

    Dia adalah binti Syam'un, ibu anak Rasulullah SAW, Ibrahim. Dia adalah hadiah Al-Muqauqis Al-Qibti, Raja Mesir Alexandria untuk Rasulullah SAW pada tahun ke tujuh hijriah. Dia diutus kepada baginda bersama saudara perempuannya Sirin binti Syam'un dan seorang pengawal yang dipanggil Ma'bur. Turun dikirimkan bersamanya seribu keping emas dan dua puluh pakaian dari Qibti Mesir, serta keldai berwarna kelabu yang disebut Ya'fur, dan madu dari Binha - dengan ba' yang berharakat kasrah - sebuah perkampungan di Mesir, dan Nabi SAW mengucapkan berkah pada madunya itu kerana kekagumannya- Orang-orang sekarang membacanya dengan memfathahkan ba' iaitu Banha. Mariah kemudian masuk Islam. Demikian juga dengan saudara perempuannya. Mariah berkulit putih dan berparas cantik. Dia diturunkan oleh Rasulullah SAW di Al-Aliyah. Kemudian baginda meninggalkannya hingga Mariah wafat pada bulan Muharram tahun sepuluh hijriah.

    #Nak tau lebih lanjut, boleh la beli buku nie or tny Mr or Mrs Google.. ^^,

    #Dlu arwah nenda teringin sangat nk letak nama Mariah Al-Qibtiyah pada ana, tapi apakan daya ayahanda dah letak nama Fitria..

    Uwais Al-Qarni Menjadi Sebutan Penduduk Langit

    Feb 18, 2013

    Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan. Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya. Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. 

    Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia, namun sangat terkenal di antara penduduk langit. Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya. Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya. Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia..
    Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya. Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.
    Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata: "Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri. Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.
    Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya. Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam. Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.
    Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti? Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais. Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.
    Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat? "Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah. Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang." Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi. Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu.
    Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman. Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya. Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais. Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang. Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman."Engkau harus lekas pulang." Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W. Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu. 
    Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit. Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun. Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."

    Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.
    Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W. Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,"Siapakah nama saudara?""Abdullah." Jawab Uwais.Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.
    Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang. Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu."Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,"Apa yang terjadi?""Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami."Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya."Kami telah melakukannya.""Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami,"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat.""Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami."Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat. Kemudian kami berkata lagi kepadanya,"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.""Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?"Tanyanya."Ya!" Jawab kami. Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.
    Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya. Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya. Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)
    Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?""Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni."Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."- Artikel iluvislam.com

    #Ianya artikel yg agak panjang tp sgt berbaloi utk d baca dan d kongsi bersama, Insya'Allah..