Cara Menjauhi Diri Daripada Bisiakan SYAITAN
Mar 19, 2013
Kita tidak boleh mengelakkan diri sepenuhnya daripada bisiakan syaitan tetapi kita mempunyai cara untuk menjauhi diri daripada hasutannya seperti;
* Memperkukuhkan keimanan kepada Allah kerana syaitan akan mengganggu mereka yang lalai.
* Sering mengingati Allah kerana syaitan akan mudah menghasut sesiapa sahaja yang lalai kepada-Nya.
* Membaca Al-Quran kerana ayat-ayat suci Al-Quran adalah kunci untuk menjauhkan diri daripada hasutan syaitan.
* Memperkukuhkan diri dengan ilmu kerana syaitan mudah mempengaruhi mereka yang jahil
* Peka dengan taktik dan kaedah yang digunakan untuk mempengaruhi manusia.
* Jangan mengasingkan diri kerana syaitan mudah mempengaruhi orang yang sering mengasingkan diri.. Umpama ternakan yang terpisah daripada kawanannya lebih mudah dibaham harimau.
* Kita haruslah pandai memilih kawan, bergaul bersahabat dengan orang yang baik kerana mereka akan menasihati kita andainya kita melakukan perkara yang salah.
* Beramal dengan amalan soleh seperti berzikir dan berselawat ke atas nabi.
Apabila kita mendengar bisikan malaikat, hati kita akan terima sesuatu yang baik dan terdorong ke arah kebaikan dan kita lebih dekat dengan-Nya.
p/s : Copy Paste
0 comments: