• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • FADHILAT SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SOLLAAHU 'ALAIHI WA SALLAM

    Sep 1, 2010
    اللهم صل على سيدنا محمد بعدد من صلى عليه وصل على سيدنا محمد بعدد من لم يصل عليه وصل على سيدنا محمد كما تحب ان يصلى عليه وصل على سيدنا محمد كما امرت ان يصلى عليه

    "Ya Allaah, kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang telah Engkau perintahkan"

    KELEBIHAN & FAEDAH SELAWAT KE ATAS RASULULLAAH صلى الله عليه وسلم

    1. Menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala
    2. Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
    3. Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
    4. Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat
    5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat
    6. Dituliskan baginya 10 kebajikan
    7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan

    Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""

    8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit
    9. Mendapat syafaat Nabiصلى الله عليه وسلم
    10. Diampunkan dosa
    11. Menyelesaikan masalh atau menghilangkan dukacita
    12. Membolehkan dekat dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pada hari qiamat.
    "Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku" (Maksud Hadith)

    13. Boleh menggantikan sedeqah bagi orang yang tidak sanggup
    14. Ditunaikan segala hajat
    15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allaah Subhanahu wa Ta'ala
    16. Membersihkan hati dan mensucikannya
    17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga
    18. Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat
    19. Mendapat doa dan salam Nabi صلى الله عليه وسلم

    20. Dapat mengingatkan kembali perkara lupa.
    21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.
    22. Menghilangkan kemiskinan
    23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil
    24. Terlepas daripada kutukan Nabi صلى الله عليه وسلم"Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat"

    25. Menyenangkan jalan-jalan masuk syurga
    26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk
    27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji ALlaah Subhanahu wa Ta'ala
    28. Mendapat Nuur ketika lalu di Titian (Sirat)
    29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar
    30. Mendapat pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para malaikat
    31. Diberkati umur dan pekerjaannya
    32. Mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sentiasa dikasihi olehNya

    33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap RasuluLlaah صلى الله عليه وسلم
    34. Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya صلى الله عليه وسلم bertambah kasih kepada kita.
    35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup 36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
    37. Menetapkan kaki di Titian Siratulmustaqim
    38. Menunaikan sedikit hak Nabi nnn dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
    39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah Subhanahu wa Ta'ala & RasulNya صلى الله عليه وسلم 40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan Allah Subhanahu wa Ta'ala .

    Telah berkata seorang 'ulama: "Sebaiknya seorang penuntut 'ilmu berselawat sebanyak 300 kali sehari (60 kali selepas solat 5 waktu)"

    Sumber: Maulid Ad-Daibai & 21 Rahsia Mendapat Keberkatan Ilmu

    Berselawat sebanyak yang mampu... Kalau tak mampu, cuba melazimkan diri dengan meng'amalkan sekurang-kurangya 10x selepas solat fardhu. 10 x 5= 50 kali... kemudian, usahakan utk kita melatih lidah kita utk terus berselawat, insha'Allaah lambat laun, lidah kita akan sentiasa terbiasa "basah" dgn selawat yg mampu menenangkan hati kita sungguhpun dalam keadaan hati yg "sebak, sesak dgn ujian yg dtg bertubi-tubi" ... PERCAYALAH!

    Berselawatlah sekurang-kurangnya dengan lafaz اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلمKalau sebelum ini, kita jarang berselawat, maka start from today, from this moment after read this article... berselawat kerana Allah dan Rasul-Nya bukan kerana semata-mata ingin mendapatkan fadhilatnya.... SELAMAT BERSELAWAT wahai sekalian teman-teman (",) UHIBBUKA YA RASULULLAH

    0 comments:

    Post a Comment