• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Seindah Hiasan Adalah Wanita Yang Solehah

    Oct 18, 2010





    Seindah hiasan adalah wanita solehah
    Wanita solehah itu aurat dijaga,
    Pergaulan dipagari,
    Sifat malu pengikat diri,
    Seindah hiasan di dunia ini,
    Keayuan wanita solehah itu
    Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
    Kemanisan wanita solehah
    Tidak terletak pada kemanjaannya,
    Daya penarik wanita solehah itu,
    Bukan pada kemanisan bicaranya,
    Yang menggoncang iman para muslimin,
    Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
    Memujuk rayu,
    Bukan dan tidak sama sekali,



    Kepetahan wanita solehah,
    Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
    Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
    Nafsu mengatakan wanita cantik,
    dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
    Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu,
    Serta pandangan dari segala aspek,
    Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
    Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
    Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
    Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
    Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
    Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,



    Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
    Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
    Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
    Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
    Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
    Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
    pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,
    Bersyukurlah atas apa yang ada
    Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
    Salam perjuangan untuk sahabatku semua...

    0 comments:

    Post a Comment