• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • PERINGKAT NAFSU

    Jan 16, 2011
    Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat empat peringkat nafsu utama yang mempengaruhi tabiat manusia iaitu :

    Nafsu Amarah
    Nafsu yang sentiasa mendorong manusia mengejar nikmat keseronokan dunia dan melakukan kejahatan. Bagi mereka yang berada diperingkat ini tidak merasakan perbezaan antara yang baik dan jahat. Apabila seseorang itu melakukan kejahatan, ia tidak menyesal dan sebaliknya, juga apabila melakukan kebaikan, ia tidak gembira. 

    Nafsu Lawwamah
    Nafsu yang mula menunjukkan kelemahan diri, menilai tabiat positif, masa lampau dan sedia keluar untuk memulakan kehidupan yang baru. 

    Nafsu Mulhamah
    Nafsu yang sudah menerima kebenaran dan keinsafan serta merasa keseronokan membuat kebaikan dan benci kepada kejahatan.

    Nafsu Mutmainnah
    Nafsu yang mencapai kedamaian dan kebahagian. Nafsu ini berusaha terus untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam dirinya. Pada prinsipnya nafsu ini adalah mewakili dua keperluan manusia iaitu naluri kehaiwanan (jasmani) dan rohani (wahyu). Kadang kala berlaku pertarungan sengit antara dua naluri itu untuk mempengaruhi hati manusia.

    Seorang ahli falsafah akhlak Islam, Ibnu maskawaih menyatakan pertembungan nafsu dalam diri manusia menghasilkan tiga peringkat tabiat manusia.

    a)  Manusia yang baik tabiatnya
         Manusia yang baik tabiatnya tidak akan berubah menjadi manusia yang jahat;

    b)  Manusia yang jahat tabiatnya
         Manusia dalam kategori ini tidak akan menjadi baik kerana memang
         pembawaannya sudah jahat; dan

    c)  Manusia yang berada dipertengahan tabiatnya
        Golongan ini boleh berubah menjadi baik atau jahat bergantung kepada
        pendidikan dan persekitaran yang diterimanya.


    Petikan artikel Islam Penyelesaian Kenakalan Remaja
    Oleh: Ghafani Bin Awang Teh
    Dalam; Hargai Usia Remajamu

    0 comments:

    Post a Comment