MUHASABAH DIRI
Feb 10, 2011
Muhasabah diri. Satu pendekatan yang digunakan bagi memperbaiki kelemahan diri. Untuk menilai dan merenung semula baik buruk segala sesuatu yang dilakukan. Ianya bertujuan mengelakkan diri kita daripada melakuakn kesilapan yang sama berulang2 kali. Kita sememangnya manusia yang sering lalai dan lemah juga tidak dapat lari dari melakukan khilaf. Untuk itu, anugerah yang tersangat unik telah diberikan oleh pencipta kita yang Maha Agung hanya untuk makhlukNya yang bernama manusia, "Anugerah Akal". Oleh itu, gunakanlah anugerah ini dengan sebaiknya bagi kita bermuhasbah, berfikir seterusnya memperbaiki kelemahan untuk menjadi yang lebih baik. Dan, untuk itu, jgn pula kita hanya memikirkan tentang kebaikan yang dilakukan. .. Na'uzubillahiminzalik.
Saya menulis disini bertujuan mengingatkan diri sendiri juga sahabat2 diluar sana kerana salah satu tujuan penciptaan manusia adalah sebagai khalifah di bumi ciptaanNya. Tegur-menegur, nasihat-menasihati memainkan peranan antara kita semua supaya kita dapat menilai seterusnya bermuhasabah bagi mengelakkan diri melakukan kesilapan lagi. Tawakkal, istiqamah, seterusnya husnul khatimah.....
[Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat. Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia. Ini lah bahaya nya. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini. Saya harap sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang ringkas ini.]---petikan dari salah satu penulisan yang saya kira sangat bagus. Kesimpulannya, jangan penat untuk melakukan kebaikan.

0 comments: