Hati dan Air Mata..
Mar 14, 2011
Seorang penyair berkata :
Bila antum mengetahui bahawa antum telah bersumpah demi waktu
bahawa antum akan mendapatkan segala yang antum inginkan
dalam segala urusan di setiap masa yang antum lalui.
Lalu ia juga telah bersumpah akan menberikan apa pun yang antum sukai,
maka pantas sahaja antum bersedih hati
jika kehilangan setiap peluang yang tidak pernah tercapai..
Jika antum dah mengetahui tabiat pengambilan dan pengembalian,
pemberian dan pencegahan yang dilakukan oleh
hari- hari yang antum lalui,
dan hari-hari itu tidak pernah melupakan
suatu anugerah yang telah diberikannya
melainkan ia akan kembali mengambilnya dari antum
so memang beginilah ketentuan dan
tabiat masa terhadap semua Bani Adam.
Baik yang tinggal dalam istana or rumah sederhana..
even orang yang dah meraih kemuncak keberhasilan
atau bagi mereka yang sederhana hidupnya..
MAKA..
Rendahkanlah nada kesedihan antum dan usaplah airmata antum..
Kerana bukan antum yang pertama kali
terkena racun zaman,
dan musibah atas diri antum bukanlah yang pertama terjadi
dan terakam dalam daftar musibah dan penderitaan..
Firman Allah;
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu??....
(Surah Al-Baqarah : 214)
0 comments: