• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Majlis Hafazan Al-Quran

    Apr 13, 2011
    Assalamualaikum wbt..

    Agak lama ana tidak update blog, so ana nak share sedikit berkenaan pengalaman pertama ana dalam menghadiri Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-32 yang telah berlangsung seperti ketetapan berikut;

    Tarikh    :               4hb-8hb April 2011
    Tempat  :               Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah

    Sumber yang ana dapati bahawa terdapat seramai 73 peserta yg membabitkan 40 lelaki dan 33 perempuan yang berusia dari 7-25 tahun. Di mana menurut rekod JAKIM, seramai 26 daripada 69 peserta pernah mengambil bahagian sebelum ini.

    Majlis yang bertemakan 1 Malaysia 1 Ummah itu dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob.

    Oleh kerana ana hanya hadir pada 6hb yakni ketika adik housemate memperdengarkn hafazan beliau, juga pada upacara penutup, ana nk share beberapa pic dengan antum semua..

    Tahniah buat beliau kerana menduduki tempat ke – 2 bagi kategori beliau yakni Kategori Juzuk 1-10 Bersama Tarannum. Mohd Azis Badli Bin Azmi.

    Para Juri 
     
     Pemenang Bersama VVIP
     
    Delegasi Dari Klate
    Family Housemate Dari Klate

    Bersama Family Housemate
     
    ** Agak teruja ketika berada dimajlis ilmu seperti ini.. Bersama pula dengan mereka2 yg bergelar hafiz dan hafizah, terasa kerdil ja diri nie.. Walau apapun, terima kasih yang tidak terhingga kepada housemate ana Nur Ilani Azmi kerana sudi mempelawa ana untuk turut berada bersama dalam majlis ini.

    ** Walau bagaimanapun, agak sedih kerana program seperti ini tidak mendapat liputan yang meluas daripada media, berlainan pula jika program yang berunsur hiburan.

    ** Kepada adik ajis, teruskan usaha anda.. ^___^









    0 comments:

    Post a Comment