• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Amazing Race dan Ta'aruf Sahabat Baru

    Jun 15, 2011
    Assalamualaikum wbt..

    Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana apa yang telah ana rancang dalam 2 minggu lepas akhirnya telah berjalan lancar. Terima kasih Ya Allah kerana telah mempermudahkannya.

    Untuk entri ini, ana nak share dua perkara yang telah berlaku pada 10 Rejab 1432H yakni ahad yang lepas iaitu Nisa’ Amazing Race dan Taaruf bersama sahabat baru FaceBook (FB).

    Amazing Race.

    Untuk pengetahuan sahabat, ana mengetahui berkenaan game ini hanyalah melalui FB sahaja dan dari situ ana mengajak sahabat2 di Ampang untuk join sekali tapi mungkin tiada jodoh dan rezki kami hanya ana dan seorang sahabat ja yang join iaitu Hanifah. Owh ye, lupa nak kabo.. Game amazing race ini adalah anjuran Nisa’ Wangsa Maju. Tema baju kami untuk game ini adalah coklat oren. (^__~)

    Program ini sepatutnya bermula seawal jam 8am akan tetapi berlaku kelewatan kerana ada beberapa  kumpulan (termasuklah team kami) (^_^) yang tidak mengetahui lokasi untuk berkumpul iaitu di Rampai Bussiness Park.

    Seramai 8 kumpulan join untuk game ini, majaroti semua peserta menggunakan kereta sebagai kenderaan tapi kami dan 1 team yg lain menggunakan motorsikal. Allahuakbar, hanya Allah yang tau keadaan badan sepanjang game ini. Kawasan untuk permainan ini meliputi kawasan wangsa maju dan sri rampai.

    Untuk pengetahuan sahabat, team ana sokmo sesat.. Pi mai tang tu ja. Tapi walau kami sokmo sesat, kami berjaya menghabiskan kesemua task yang diberi oleh urusetia. Alhamdulillah.. Walau tidak berjaya membawa pulang hadiah utama, kami berjaya membawa pulang jalinan ukhuwah yang baru. Permainan tamat sekitar jam 1PM tapi sampai rumah sekitar jam 3pm.


    Ta’aruf Sahabat Maya FaceBook

    Alhamdulillah, kami telah berjumpa buat pertama kalinya di surau Ampang Point sesudah asar, after ana habis game amazing race. Kami solat asar terlebih dahulu kemudian bergerak ke Times Square untuk sesi taaruf. Sepanjang perjalanan ke destinasi yang di tuju, kebanyakkan hanya kedengaran suara ana dan sahabat syue sahaja, dimana syikin lebih banyak berdiam diri.

    Sesampainya di destinasi, kami menuju ke Restoran Ramen untuk menjamu selera dan semestinya disudut yang tersembunyi sedikit. Kami banyak berbual dari makan menu yang telah kami order. (teruja la konon) (^_^).

    Sedar xsedar rupanya dah azan maghrib, jadinya kami beralih ke surau untuk solat. Selepas solat ingatkan nak terus balik sebaliknya kami bergambar bersama2 untuk dijadikan kenangan. Akhirnya hampir jam 10pm baru kami bergerak balik.

    Alhamdulillah jam 10.30pm, ana selamat sampai dirumah dihantar oleh syue dan syikin. 

    **Even penat, tapi sangat2 berbaloi.. (^___^)

    0 comments:

    Post a Comment