• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Mawarku..

    Sep 14, 2011



    Wahai mawarku,

    Pernahkan kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu, dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?

    Mawarku,

    Jangan kau mengira bahwa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada seorang pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan..

    Oleh itu mawarku,

    Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepada-Nya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.. Serta optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohon ampunan untukmu, dan syurga telah menunggumu.

    Insya'Allah.

    0 comments:

    Post a Comment