• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Ada Apa Dengan USIA???

    Nov 18, 2011

    Apa yang ada pada usia dan untuk tujuan apa kita berada didunia.. Bila kita semakin dewasa, usia juga turut meningkat akan tetapi bagaimana pula dengan amalan kita? Adakah berlakunya peningkatan ataupun sebaliknya.. Secara peribadi ana berpendapat hidup kita ini bertujuan untuk mempersiapkan diri ketika menjelangnya saat-saat kematian yang kita sendiri tidak tahu bila. Akan tetapi, bila saat itu hampir dan tiba ianya bukanlah saat terakhir kehidupan yang sebenarnya.

    Mati bukan pengakhiran dimana kelak kita akan dinilai, dihisab an dipertanggungjawab atas semua perbuatan di dunia.  Di Padang Masyhar sana, kita dihimpun.  Melalui neraca keadilan, Mizan, baik dan buruk kita akan ditimbang.  Seterusnya, sebelum Masyhar dan Mizan, ada siratulmustakim yakni laluan syurga.  Melepasinya, bahagia selamanya jika terpelanting darinya maka derita sajalah akhirnya.


    Nabi Muhammad berkata,

    “Sesungguhnya di atas neraka Jahanam itu ada sirat yang nipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.  Bahagian atasnya menghadap ke syurga iaitu tempat yang licin. Dan pada kedua-dua sisinya ada besi-besi yang berpengait serta duri-duri api.  Dengan sirat itu, Allah merintangi sesiapa sahaja yang Dia kehendaki daripada para hamba-Nya.  Dan orang-orang yang tergelincir pada hari itu, sama ada lelaki mahupun perempuan adalah banyak sekali.”
    (HR : Al-Baihaqi)

    Wallahua’lam, sekadar renungan bersama.. Selamat beramal..

    0 comments:

    Post a Comment