• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Mula Memahaminya..

    Oct 29, 2012
    Bismillah..

    Assalamualaikum wbt..

    Lama rasanya blog ini tidak berupdate.. Banyak benda yang sedang bermainan di fikiran sehinggakan tiada ruang untuk mengupdate.

    Teringin rasanya nk mengimbau kembali detik-detik sebelum memulakan tugas di Yayasan Sofa. Ana masih ingat pesan adik-adik agar memantapkan fizikal dan minda sebelum memulakan tugas di YSNS, dulu ana tidak faham maksud mereka tapi sekarang, Alahamdulillah ana dah mula memahaminya..

    Sepanjang 4 bulan berkhidmat dengan YSNS, pelbagai situasi ana hadapi dimana adakala ana hanya mampu menangis sahaja bilamana ia terasa amat sukar diluah dan dikongsi dengan orang lain. Jika mereka yang tidak memahami situasi kenapa ana menangis, pasti mereka akan meminta ana untuk berhenti sahaja.

    Jujur, adakala memang diri akan rasa amat tidak tertahan tapi bila mengingatkan semula di YSNS tempat terbaik yang memang ana cari selama ini, secara automatik diri ini akan jadi kuat semula.

    Ana juga beruntung bilamana diri rasa tidak tertahan, ada insan disekeliling yang sering memberi semangat agar ana tidak berputus asa dan diantara insannya ialah 'adik' itu, syukran dik kerana banyak memberi semangat pada akak..

    La nie, ana berdepan kesukaran untuk meluahkan berita dimana YSNS akan berpindah ke Seremban kelak pada keluarga. Ana yakin, pasti keluarga akan sukar untuk melepaskan ana tapi bagi ana, itulah yang terbaik buat diri kerana matlamat ana adalah ilmu dan berbakti pada agama selagi ana mampu. Bukan ana membelakangkan keluarga, TIDAK SAMA SEKALI.. Tapi keputusan yang diambil sebenarnya adalah yang terbaik buat keluarga.

    #Ya Allah, berikanlah kekuatan pada diri dalam menghadapi segalan ujian untuk terus berada dijalan-Mu.


    0 comments:

    Post a Comment