• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Kehendak vs Kepuasan vs Realiti

    Jan 28, 2013
    Assalamualaikum wbt..

    Saat berjalan-jalan di blog sahabat, terlihat dan terbaca post berkaitan keputusan STAM 2012 akan keluar  pada 30 Januari 2013 nanti. Hati mula merasai cemburu dan iri hati. Adakala menyesal dengan keputusan yang pernah diambil suatu ketika dulu. Perkataan 'ANDAI' , 'JIKA' mula bermain diminda..

    Istighfar disebut berkali-kali agar diri mulai sedar bahawa perkara ini sudahpun berlalu, mula terima hakikat bahwa inilah realiti yg sebenar. Andai diri masih hidup dengan bayangan yg lepas, sampai ke sudah akan berada di takuk itu.

    Jujur, diri inginkan sangat untuk mengambil peperiksaan STAM as calon persendirian tapi bilamana ana bertanyakan pendapatan mereka-mereka yg rapat, ramai pula yang menyarankan utk lupakan STAM sebaliknya teruskan pada bidang yang diambil sekarang yakni Perakaunan.. Jika benar nk bertukaq arah, ambillah Diploma Usuluddin kemudian smbg degree ke Morocco.. Allah..

    Baru-baru ini datang pula tawaran dari seorang adik niqabis yang turut mengajak untuk mendaftar di حضرموت Yaman Jun ini..

    Hati ini betui-betui berbelah bagi antara kehendak utk ke Yaman akan tetapi kepuasan utk mengambil STAM mahupun kembali kepada realiti yakni teruskan dalam bidang yg diceburi sekarang..

    #Umi berpesan, ikutlah kepada yg mana berat dihati. Selain itu, umi turut berpesan agar lihatlah pada faktor usia, bernikahlah.. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di hati ini. Permudahkanlah.

    0 comments:

    Post a Comment