• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • MINORITI YANG BERSYUKUR

    Jan 31, 2013


    Pada zaman Sayidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah dengan berkata: “Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit!” doa beliau didengari Sayidina Umar yang ketika itu sedang bertawaf di Kaabah. Sayidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut.

    Selepas selesai melakukan tawaf, Sayidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapa engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit!)? Apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon pada Allah?”

    Pemuda berkenaan menjawab:”Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku takut dengan firman Allah: ‘Sesungguhnya kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan kami adakan di muka bumi (sumber atau jalan) penghidupan. Dan amat sedikitlah kamu bersyukur.” (surah al-A’raf 7:10)

    Kata pemuda itu lagi: “Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit iaitu golongan yang tahu bersyukur kepada Allah.”

    Mendengar jawapan itu, Umar menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alngkah jahilnya engkau! Orang ramai lebih alim daripada kamu.”

    Doa yang kedengaran aneh tapi benar ini telah mengejutkan Sayidina Umar. Doa itu juga sepatutnya mengejutkan kita agar berdoa untuk menjadi golongan minority yang bersyukur. Hanya orang bersyukur akan mendapat ketenangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ini kerana apabila seseorang itu memiliki sifat syukur, dia telah memiliki kekayaan hakiki iaitu kekayaan hati. 

    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
     “Bukanlah kaya itu kaya harta tetapi kaya sebenar ialah kaya hati.” 
    (Riwayat al-Bukhari)

    0 comments:

    Post a Comment