SIAPAKAH KEKASIH YANG TERCINTA ITU???
Jul 12, 2010
JANGANLAH KAMU BERSEMPIT DADA TERHADAP APA YANG MEREKA TIPUDAYAKAN
Tiadalah hawa nafsu
kecuali sesuatu memperturutkan apa yang dibiasakan
oleh yang bersangkutan
Jika diturutkan kemahuannya, ia akan ketagihan
dan jika tidak, ia tidak menuntut
Apakah engkau telah melihat dirimu sendiri dan bertanya, seberapa besar engkau mencintai Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam?? Apakah engkau menyedari bahawa bukti cinta tersebut adalah melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Rasullallah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan meninggalkan apa yang telah dilarangnya.
Perhatikanlah kembali perasaan anda dan arahkanlah perasaan cinta anda mula-mula ditujukan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala kemudian kepada orang(Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) yang telah menyelamatkan kita dari kesesatan. Ingatlah selalu – bila anda menginginkan kedudukan yang tinggi di dalam syurga – suatu hadith dari Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Seseorang itu akan dihimpunkan bersama dengan orang yang dicintainya. (Hadith riwayat Al-Bukhari)
Di antara bukti dan tanda pertama yang membuktikan cinta seseorang kepada Rasullallah Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah dengan melakukan segala yang diperintahkan olehnya. Jadi, bagaimana seseorang menganggap dirinya telah menyintai Rasullallah Shallallahu ‘alaihi wasallam, sementara dia sendiri melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan oleh beliau, tidak mengikuti sunnahnya dan tidak pula mentaati petunjuk yang dibawanya.
Dapatkan buku yang bercerita tentang kisah hidup Rasullallah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan bacalah. Lihatlah betapa agung akhlaqnya, betapa lembut tutur katanya, betapa lapang pintu maafnya, betapa besar rasa takutnya kepada Allah dan sifat zuhudnya pada dunia. Oleh kerana itu, ubahlah akhlaqmu agar serupa dengan akhlaq Rasullallah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Sumber : Jangn Bersedih, Jadilah wanita yg paling bahagia
0 comments: