• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • CINTA YANG SEBENAR

    Jul 12, 2010

    Jadikanlah diri anda kekasih Allah, kerana ia akan mendatangkan ketenangan. Orang yang paling bahagia ialah orang yang menjadikan kemuncak dan matlamat utamanya adalah mencintai Allah. Alangkahnya bermakna firma Allah ini:

    “Dia mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya.” (Surah Al-Maidah:54)

    Ramai ulama tafsir berkata: “Tidak ada yang menghairankan dalam ‘...mereka mencintai-Nya...’ tetapi yang menghairankan adalah : ‘Dia mencintai mereka...’ Allah yang menjadikan, membeeri rezeki, melindungi dan member anugerah-Nya kepada mereka, tetapi Allah juga mencintai mereka.

    “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampukan dosa-dosa kamu.” (Surah Ali Imran: 31)

    Mari kita perhatikan kehormatan Ali bin Talib, yang merupakan mahkota yang bersemayam di atas kepalanya: Seorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan dicintai oleh Allah dan rasul-Nya.

    Ada seorang sahabat Baginhda Rasul yang sangat senang membaca: ‘Qul huwallahu Ahad.; Bacaan itu selalu diulang-ulangnya dalam setiap rakaat, selalu dhibaca dalam zikirnya, selalu diucapkannya, selalu diingat untuk menyegarkan hatainya dan untuk menggerakkan anggota tubuhnya. Baginda Rasul bersabda : “Kecintaanmu padanya akan membuatmu masuk syurga.”

    Alangkah indahnya dua rangkap puisi yang pernah say abaca dahulu, dalam riwayat hidup seorang ulama:

    Jika Cinta orang yang mabuk cinta kepada Laila dan Salma
    Sudah merampas hati dan fikiran
    Lalu apa myang dilakukan oleh orang yang mabuk cinta yang
    Di dalamnya mengalir rasa cinta, kepada Yang Maha Tinggi?


    “Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: ‘Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangi-Nya’. Katakanlah (wahai Muhammad): ‘(Kalau betul demikian) maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kami’?” (Surah Al-Maidah: 18)

    Cerita cinta Majnun terhadap Laila yang sangat terkenal kitu, menunjukkan bahawa Majnun akhirnya dibunuh oleh cintanya sendiri kepada Laila; Qarun dibunuh oleh cintanya kepada harta benda, Fir’aun dibunuh oleh cintanya kepada kedudukan, tetapi Hamzah; Jaafar dan Hanzhalah mati kerana cinta mereka kepada Allah dan Rasul-Nya. Alangkah jauh jarak yang memisahkan antara kedua-duanya, Majnun, Qarun dan Fir’aun di satu pihak; Hamzah, Jaafar dan Hanzhalah di pihak yang lain.

    sumber : La Tahzan

    0 comments:

    Post a Comment