• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • 10 PERINGATAN

    Jan 30, 2011


    10 Peingatan Agar Tidak Terjebak Kepada Maksiat

    1.       Memantapkan keimanan dan kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW

    2.       Memantapkan kefahaman, penghayatan dan amalan agama

    3.       Menerima teguran dan nasihat daripada ibu bapa dan orang yang lebih tua.

    4.       Mengelakkan diri daripada pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

    5.       Mengelakkan diri daripada berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di tempat sunyi dan suasana yang boleh menimbulkan fitnah.

    6.       Tidak mendedahkan diri kepada perkara-perkara yang boleh meransang naluri seksual seperti melihat bahan-bahan pornografi dan sebagainya.

    7.       Tidak mengunjungi pusat-pusat hiburan yang memberi ruang kearah perlakuan yang tidak berakhlak.

    8.       Tidak terpedaya dengan ‘ayat-ayat cinta’ daripada lelaki yang tidak bertanggungjawab yang tidak berhasrat untuk menikahi anda.

    9.       Menyegerakan pernikahan bagi yang telah mempunyai persediaan memikul tanggungjawab dan berkemampuan dari sudut material dan spiritual.

    10.   Segera bertaubat dan berazam bersungguh-sungguh tidak akan melakukan perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah SWT.

    Surah Azzumar ayat 39:53

    Katakanlah (Wahai Muhammad) “Wahai hamba-hamba Ku
    yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri
    (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu
    berputus asa dari Rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah
    mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dialah jua Yang
    Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani”

    0 comments:

    Post a Comment