• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • ZINA

    Jan 26, 2011

    Perkataan zina adalah disebut dalam Al-Quran bagi menerangkan maksud hubungan seks yang membabitkan pasangan yang tiada ikatan pernikahan. Istilah seks bebas, hubungan luar nikah, seks rambang atau terlanjur yang sering yang digunakan oleh masyarakat sebenarnya turut membawa pengertian zina. 

    Gejala zina harus dilihat sebagai ancaman yang serius terhadap kehidupan berakhlak dan perlu dibendung seperti gejala-gelaja sosial yang lain. Hal ini kerana perbuatan berzina  merupakan dosa besar dan dilaknat Allah SWT. Cinta buta yang disulami dengan janji manis menyebabkan ramai golongan remaja terjebak dengan penzinaan.



    BERZINA
    ·         Dosa besar di sisi Allah SWT
    ·         Boleh membunuh rasa malu
    ·         Menghilangkan harga diri pelakunya
    ·         Merosakkan masa depan
    ·         Meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malahan kepada seluruh keluarganya
    ·         Meningkatkan risiko penularan penyakit seperti AIDS dan penyakit-penyakit kelamin.
    ·         Merosakkan nasab (keturunan) sekiranya hamil tanpa pernikahan yang sah.

    FIRMAN ALLAH SWT:
    Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)[Al-Israa’ 17:32]

    Ayat di atas bukan sekadar melarang zina tetapi ia melarang apa jua perbuatan yang boleh menghampiri zina seperti berdua-duaan dan saling sentuh menyentuh antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Perbuatan-perbuatan yang mengarah kepada zina juga merupakan adalah sesuatu yang keji lagi mungkar.

    0 comments:

    Post a Comment