• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Khasiat Buah Durian Belanda

    Jun 15, 2012






    Assalamualaikum wbt.


    La ni ana ingin berkongsi dengan anda semua tentang khasiat yang terdapat di dalam buah durian belanda.

    Tidak ramai di antara kita yang mengetahui khasiat buah durian belanda atau nama saintifiknya, Annona Muricata , samada untuk kegunaan perubatan tradional atau pun dari sudut perubatan moden. Buah yang mempunyai sedikit rasa masam dan manis ini mengandungi khasiat yang tinggi terutamanya untuk kesihatan tubuh badan dan ianya pula memang mudah kita temui. 

    Menurut hasil kajian yang dibuat oleh Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati buah durian belanda ini mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat.

    Penduduk di Banjaran Andes, Peru pula membuat serbuk teh daripada daun durian belanda untuk mengubati sakit kerongkong dan bijinya pula ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing (khususnya untuk kanak-kanak)

    Bagi penduduk Amazon pula, mereka menggunakan bahagian akar, kulit dan daun durian belanda untuk perubatan. Mereka percaya bahan-bahan tersebut boleh mengubati penyakit kencing manis.

    Begitu juga dengan suku Orang Asli di Guyana. Penduduk di sini membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokok durian belanda pula dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati. Selain itu, mereka juga mendapatkan minyak daripada daun serta buahnya yang masih muda dan kemudiannya dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

    Masyarakat Jamaica, Haiti dan India Barat pula, buah dan air perahan durian belanda diminum bagi mengubati demam, membunuh cacing di dalam perut kanak kanak dan juga sebagai ubat cirit birit. Mereka juga percaya yang kulit pokok ini juga sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

    Dari segi perubatan moden pula, kajian oleh kedua dua Universiti tersebut (Universiti Hawaii dan Universiti Purdue) mendapati bahawa bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai anti bakteria, anti kanser, anti tumor, astrigen dan penyakit saraf.  Bagi memastikan tahap kesihatan berada didalam tahap yang membanggakan, kita disarankan mengambil dua hingga empat hidangan buah dan tiga hingga lima hidangan sayur bagi sehari. Oleh kerana begitu banyak khasiat yang diperolehi daripada buah durian belanda, tidak salah sekiranya menjadikan buah ini sebagai hidangan wajib setiap hari. Selain itu, buah durian belanda juga sangat berkesan untuk awet muda dan buahnya juga boleh di jadikan jus minuman. 

    Terlalu banyak khasiat yang terkandung didalam buah durian belanda ini. Terasa rugi kalau ana tidak berkongsi info dan maklumat ini kepada semua sahabat sahabat . Ana pun suka makan buah ni, ana suka buat jus atau makan macam tue sahaja, tapi ana memang tidak tahu sebelum ni, banyak pula khasiat didalamnya... 

    Emm.. jomlah kita sama2 biasakan makan buah durian belanda tapi pastikan yang sudah masak. Apa yang masih ana ingat, waktu masih kanak-kanak dulu, kalau badan panas atau demam, atok selalu ambil daunnya, diramas dalam air dan di pupurkan di dahi... Mereka lebih dahulu mengetahui khasiatnya... 



    Sumber: copy paste

    2 comments:

    1. cintailmu89 said...:

      susah nak cari buah ni skrg =(

    1. Fitria Joairi said...:

      meme susah pn.. kalo btoi nk minum ayaq dia biasanya kene p pasar malam jalan TAR..sedapp n terBAIKK.. :)

    Post a Comment