• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Kelebihan Buah Tin

    Dec 20, 2012

    Buah Tin, yang namanya tercantum dalam Al-Quran disamping buah zaitun, disebut-sebut oleh hasil penelitian medis terbaru sebagai buah yang bermanfaat untuk mencegah kanser.

    Diantara kelebihan buah tin:

    Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda: “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu, makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

    Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam syurga. Wallahua'lam

    #Dulu masa xtau nama buah nie (jenis kering) mmg asa was-was nk makan.. Tapi bila dah tau, Subhanallah sedapppp... (^^,)


    0 comments:

    Post a Comment