• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Mencipta Anak Soleh/Solehah

    Dec 20, 2012


    Berikut ialah amalan-amalan soleh yang boleh kita lakukan ke atas anak-anak kita. Mudah-mudahan berkat usaha dan doa yang sering kita hadratkan kepada Allah SWT dimakbulkan oleh-Nya.

    • Setiap malam apabila anak sedang tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.
    • Membaca surah Al Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali.
    • Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.
    • Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

    Selain itu, ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wudhuk yang ada pada kita, misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. Wallahua'lam

    #Buat masa ini, ana hanya mampu lakukannya keatas anak menakan (anak buah) sahaja.. (^^,)

    0 comments:

    Post a Comment