• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Mengingati Mati Itu Perlu

    Dec 26, 2012


    Seorang muslim harus bersiap-siap untuk mati dan banyak mengingatinya. Bersiap sedia dengan taubat dari segala perbuatan maksiat, mengutamakan akhirat, tidak sama sekali melakukan perbuatan zalim. Muslimin itu perlu menghadap dan mengutamakan Allah sepenuhnya dengan berbuat taat dan menjauhi yang dilarang-Nya sesuai dengan maksud Muslimin iaitu menyerah diri kepada Tuhan Rabul’alamin.

    Untuk merapatkan suasana dan ingatan terhadap mati maka Rasulullah SAW menggalakkan Muslimin mengunjungi orang sakit. Perbuatan itu pula dikira sebagai sunnah Nabi SAW.

    Disunnahkan bagi orang yang menyaksikan seseorang yang hamper meninggal dunia (menjelang sakaratul maut) agar mentalqinnya dua kalimah syahada iaitu ‘laailaaha illallah’. Berdoa untuknya dan tidak mengatakan sesuatu di hadapannya kecuali perkara-perkara yang baik.

    Bahkan tidak dihukum haram melainkan jatuh hukum harus bagi sesorang muslim menghadiri kematian orang kafir. Lebih pula  baiknya jika hadir lalu menawarkan Islam kepada pesakit itu, katakanlah padanya: ‘laailaaha illallah’.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara;-

    1.       Masa sihat sebelum sakit
    2.       Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin)
    3.       Masa lapang sebelum tiba masa sibuk
    4.       Masa mudamu sebelum datang masa tua
    5.       Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi).


    "Ya Allah, hidupkan aku selama kehidupan lebih baik bagiku dan matikanlah aku apabila kematian lebih baik bagiku."

    2 comments:

    1. khaliFah_maahad said...:

      cukuplah mati itu sebagai peringatan :)

    1. Fitria Joairi said...:

      peringatan agar kita semua tidak lupa bahawa hidup didunia tidak lain hny utk bekalan ketika 'tiada' kelak..

    Post a Comment